BENARKAH URUT BOLEH MENYEBABKAN KETAGIHAN?

Ada beberapa orang yang beranyakan kepada saya soalan yang sama.
“Adakah mengurut boleh menyebabkan ketagihan?”
Maksudnya adakah apabila kita mengurut sekali maka kita akan ketagih nak urut berkali-kali?
Jawapannya tidak. Sebenarnya apa yang berlaku bukanlah ketagihan, cuma seseorang itu datang berkali kali kerana telah bertemu dengan penawar masalahnya atau kerana ingin menjaga kesiahatan agar sentiasa cergas.
Adakah seseorang itu dikatakan KETAGIH BERSENAM hanya kerana KERAP BERSENAM? Tentulah tidak.
Perkataan KETAGIH lazimnya merujuk kepada suatu perkara yang negatif, yang membawa kepada kesan mudarat, bukannya kebaikan.
Biasanya saya akan mencadangkan kepada pelanggan untuk datang berurut sebulan sekali untuk mentainence tubuh. Tetapi jika pelanggan mempunyai masalah yang agak berat, maka saya akan minta supaya datang berurut seminggu sekali supaya kesan urutan bersambung dan menghasilkan kesan yang maksimum.
Setelah masalah tersebut selesai barulah saya akan minta datang sebulan sekali untuk mntainence agar tubuh sentiasa cergas dan sihat.
Jika terlalu kerap mengurut sehingga 2 atau 3 hari sekali sehingga bertahun-tahun walaupun tubuh dalam keadaan sihat bukanlah satu perkara yang baik. Kerana tubuh akan menjadi imun dengan urutan lantas menyebabkan urutan menjadi kurang efektif lagi untuk rawatan bagi individu tersebut.

.

Melainkan urutan untuk masalah strok atau urutan hanya dengan belaian lembut sahaja (Sapuan dan belaian). Maka itu tidaklah menimbulkan masalah.
____________________________________________________
Urut 1 badan adalah salah satu kaedah mentainence tubuh. Seperti mana anda anggap mentainence kereta itu penting, maka mentainence untuk tubuh itu adalah lebih penting.
Urutan satu badan dapat melancarkan peredaran darah dan memperbaiki sistem tubuh. Apabila peredaran darah lancar maka oksigen dan nutrisi pemakanan akan mudah sampai ke seluruh badan. Seterusnya akan membuatkan badan menjadi segar, tubuh terasa ringan, meningkatkan daya tahan penyakit (imunisasi tubuh) dan membantu proses penyembuhan penyakit dengan lebih baik.
Perjalanan darah yang lancar, perjalanan oksigen yang sempurna dan penyerapan nutrisi yang semakin baik akan membuatkan tubuh menjadi lebih sihat, malah ia juga membantu baik pulih masalah sukar tidur, menghilangkan lesu tubuh dan kerap mengantuk ketika bekerja.
Teringat lagi seorang pemuda bercerita tentang masalahnya, katanya sukar tidur pada waktu malam. Biasanya masalah sukar tidur akan menyebabkan badan tak cukup rehat, dan seterusnya tubuh akan sentiasa terasa lemah dan lesu. Ia juga turut boleh menjejaskan prestasi kerja, terutamanya yang melibatkan penggunaan mesin-mesin yang merbahaya.
Setelah kali pertama berurut selang beberapa waktu beliau datang lagi buat kali yang kedua. Menurut beliau stelah urutan kali pertama masalah tidur beliau telah pun selesai. Tidur telah menjadi mudah hanya selepas urutan sesi pertama. Alhamdulillah.
Biasanya selepas berurut tubuh akan cepat berasa lapar dan dahaga. Kerana urutan dapat meningkatkan pembakaran dan kadar metabolisma tubuh.
Teringat satu kisah lucu di mana seorang pak cik yang baru selesai urut, lantas beliau terus bertanya, ” Aik? Kenapa saya rasa lapar ye? Padahal tadi baru je makan..”
Tersegal kecil saya. Saya pun bagitau,
“Lepas urut pembakaran badan kita meningkat Pak cik, memang ini adallah kesan biasa selepas urutan. Selain tu tubuh pun akan cepat dahaga. Balik ni pak cik jangan lupa minum air banyak ye..”
Zaman kini ramai yang mengalami masalah sakit-sakit badan. Antara sebabnya adalah duduk statik pada posisi yang lama seperti menghadap komputer kerana membuat kerja-kerja ofis atau memandu. Apabila kita berada dalam satu posisi dalam satu jangkamasa yang lama maka otot akan mudah menjadi tegang. Kerana otot sifatnya adalah bergerak, bukannya statik.
Ketegangan otot yang kerap terasa adalah di bahagian pinggang dan bahu. Sebab itu kita selalu dengar mereka yang kerja berjam-jam menghadap komputer atau memandu kerap mengalami masalah seperti sakit pinggang, sakit belkat, lenguh tengkuk, sakit bahu dan sakit belakang. Sebahagian yang agak berat akan mengalami masalah kebas-kebas tangan dan kaki.
Sebahagian orang mendapat pemulihan dengan hanya sapu minyak panas sahaja. Tetapi sebahagian orang tidak begitu, bahkan semakin dibiar masalah menjadi semakin parah dan melarat. Masalah ini perlu dirawat dengan urutan.
Urutan akan membantu mengembalikan fleksibiliti otot yang telah terganggu. Otot-otot yang tegang perlu diurut dan dilembutkan kembali.
Tahukah anda bahawa otot-otot yang tegang akan menyebabkan pergerakan menjadi terbatas?
Apa kaitannya OTOT TEGANG –> menyebabkan PERGERAKAN TERBATAS?
Ibaratnya macam ni. Pernah tak anda naik basikal yang rantainya TERLALU TEGANG? Sudah pasti KAYUHANNYA TURUT MENJADI KETAT. Dan sukar untuk kayuh basikal dengan baik. Jadi rantai basikal perlu dikendurkan sedikit agar kayuhan menjadi lancar dan stabil.
Itulah umpamanya OTOT. Apabila otot SANGAT TEGANG, maka pergerakan juga turut menjadi ‘ketat’ atau bermasalah. Oleh itu otot tersebut perlu diurut untuk kembalikan fleksibiliti otot ke tahap yang optimum.
Semasa proses urutan dijalankan, maka bahagian otot yang tegang akan terasa sengal-sengal semasa diurut. Tetapi apabila otot semakin lembut secara perlahan-lahan sangal-sengal akan mulai berkurang dan hilang.
Tak hairanlah lepas selesai urut pelanggan akan berkata, “Wah, ringannya badan. Rasa macam nak terbang!”
Setelah berurut darah akan menjadi lancar dan otot menjadi lebih fleksibel. Lantas ia juga membantu untuk menambahkan kekuatan otot.
Misalnya kalau yang datang dengan keluhan susah untuk melakukan ‘push up’ tetapi setelah urutan mereka dapat melakukan ‘push up’ dengan baik.
Ada juga yang datang dengan masalah sukar menaiki tangga kerana kelemahan otot peha. Tetapi selepas urut mereka boleh naik tangga dengan lancar.
Tidak kurang juga mereka yang mempunyai masalah angin.
Jika anda selalu terasa perut berangin atau sebu, maka urutan adalah cara yang bagus untuk menolak angin tersebut keluar. Kadangkala masalah angin juga boleh menyumbang kepada sakit kepala, masalah ini juga boleh berlaku kepada penghidap masalah gastrik.
Ada satu cerita tentang seorang peniaga.
Sebelum ini ada seorang peniaga yang mempunyai masalah gastrik. Beliau mengadu sering mengalami masalah sakit kepala. Menurut cerita beliau saya dapat anggarkan masalah tersebut agak berat. Kemungkinan angin gastrik tersebut telah menjadi penyebab kepada masalah tersebut.
Setelah 2 kali urutan beliau telah memberikan maklum balas yang positif. Masalah yang sering mengganggu beliau telah sangat banyak berkurangan, dan kini beliau boleh berniaga dengan gembira tanpa diganggu sakit kepala seperti dulu lagi.
Mereka yang mempunyai masalah angin yang agak teruk sangat digalakkan mengambil pakej urutan satu badan. Stabilkan kembali sistem tubuh dan bantu tolak angin keluar dengan kaedah urutan.
  • URUTAN MERANGSANG PENGELUARAN HORMON ENDORFIN- ANTI STRESS
Zaman sekarang tidak lagi seperti dulu. Kini masalah ekonomi sangat mendesak. Di tambah lagi dengan bebanan kerja yang semakin banyak. Masalah yang tidak pernah selesai ini menyebabkan stress bertambah dan terus meningkat.
Adakah kita sedar bahawa STRESS juga menjadi antara penyumbang terbesar kepada pelbagai masalah tubuh?
Yang paling mudah untuk diilihat ialah wajah akan kelihatan sentiasa kelihatan tertekan dan kerap mengalami sakit-sakit badan akibat otot yang mudah menegang.
Teringat lagi kepada seorang hamba Allah yang mengalami masalah strok, saya namakan beliau sebagai Ahmad.
Semasa mengurut tangan En Ahmad yang bengkok telah menjadi semakin lurus. Tapi apabila beliau tak tahan sakit dan menunjukkan reaksi STRESS sekaligus otot tangan yang telah kendur dan lurus itu kembali menjadi bengkok semula.
Itulah STRESS. Apabila kita tidak dapat mengawal stress dengan baik dan tidak cuba untuk bertenang, maka sistem tubuh akan menjadi tidak stabil dan mulai mendatangkan pelbagai bermasalah. Dan jika masalah ini tidak diatasi ia akan membuatkan penyakit mudah untuk datang silih berganti.
Urutan adalah salah satu cara untuk mengurangkan kadar stress. Dan sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini, ia juga turut membantu melembutkan otot yang tegang dan membetulkan sistem tubuh yang telah banyak terjejas akibat tekanan emosi mahupun akibat masalah pergerakan fizikal.
Antara keistimewaan urutan yang ramai orang terlepas pandang ialah ia dapat merangsang pengeluaran HORMON ENDORFIN dalam tubuh.
Menurut pembacaan saya HORMON ENDORFIN ini dipercayai berupaya menghasilkan empat kesan utama pada tubuh, iaitu:
1) Meningkatkan sistem imun,
2) Melegakan kesakitan,
3) Mengurangkan tekanan,
4) dan melambatkan kesan proses penuaan.
______________________________________________________________________
Ini adalah serba sedikit penulisan tentang faedah urutan. Dan sebenarnya urutan ini mempunyai banyak rahsia-rahsianya yang tersendiri. Ini hanyalah sebahagian kecil hasil pembacaan dan pengalaman saya yang kerdil ini.
Satu kata terakhir daripada saya:

.

BIAR SESIBUK MANAPUN KITA, JANGAN AMBIL MUDAH TENTANG KESIHATAN DIRI. PERUNTUKKAN SEKURANG-KURANGNYA SEBULAN SEKALI UNTUK BERURUT DI PUSAT TERAPI AL AMIN.

 

.

Untuk tempah slot urutan sila whatsapp ke 019-2298663 atau klik di bawah:

 

.

SAYA NAK TEMPAH URUTAN SATU BADAN

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *