Cerita Aminul Rashid

Gambar akuAMINUL RASHID BIN JAMIL

KLIK DI SINI UNTUK KE PROFILE “FB” TUAN AMINUL RASHID!

TUAN AMINUL RASHID ADALAH MERUPAKAN PENGASAS TEKNIK URUTAN SARAF AL AMIN. BELIAU TELAH DIDEDAHKAN DENGAN ILMU URUTAN SEMENJAK BERUSIA 18 TAHUN.

BERMULA TAHUN 2012 BELIAU TELAH MULA MENJALANKAN KHIDMAT RAWATAN DENGAN KAEDAH URUTAN, BERMULA DARI SEBUAH BILIK DI RUMAHNYA DAN KINI BELIAU TELAH MEMILIKI SEBUAH PUSAT TERAPI DENGAN NAMA PUSAT TERAPI SARAF AL AMIN.
PADA OGOS 2015 TUAN AMINUL RASHID TELAH MULA BERKONGSI ILMU DENGAN ANGGOTA MASYARAKAT YANG BERMINAT UNTUK MENDALAMI ILMU URUTAN DAN SEHINGGA SEKARANG BELIAU MASIH GIAT MENYAMPAIKAN ILMU DAN BELIAU SENTIASA MENINGKATKAN KUALITI DALAM SISTEM PEMBELAJARAN YANG DILAKUKAN.


KINI TUAN AMINUL RASHID TELAH MEMBUAT SATU INOVASI DENGAN MENGHASILKAN SEBUAH DVD PEMBELAJARAN SUPAYA BELIAU DAPAT BERKONGSI ILMU URUTAN DENGAN LEBIH BANYAK ANGGOTA MASYARAKAT. 


DI DALAM VIDEO INI TUAN AMINUL RASHID TELAH BERKONGSI LEBIH DARIPADA 60 POINT URUTAN YANG MEMBANTU UNTUK MERAWAT 23 MASALAH SAKIT-SAKIT TUBUH TERMASUK MASALAH SAKIT LUTUT, SAKIT PINGGANG, LESU-LESU TUBUH , LEMAH TENAGA BATIN DAN PELBAGAI MASALAH LAIN.

SEMOGA ANDA DAPAT MENGAPLIKASIKAN ILMU INI DAN SETERUSNYA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA AHLI KELUARGA DAN MASYARAKAT SEKELILING.

 

Di bawah ini adalah sedikit nukilan kisah yang telah ditulis sendiri oleh tuan Aminul Rashid.

Pada awalnya tuan Aminul Rashid hanya mengurut di rumah secara ‘part time’ sahaja. Dan kini beliau untuk memiliki sebuah pusat yang diberi nama Pusat Terapi Saraf Al Amin. Malah kini beliau juga telah memiliki 2 orang pembantu.

Tugas mengurut tuan Aminul Rashid telah pun serahkan sepenuhnya kepada pembantu beliau yang juga mengaplikasikan kaedah yang sama seperti beliau (Urutan Saraf Al Amin).

Dipersilakan membaca kisah ini dengan santai mudah-mudahan anda mendapat banyak manfaat dari kisah ini:

——————————–

BAGAIMANA SAYA BERMULA?

Saya bermula daripada ‘kosong’. Mak dan ayah saya juga tidak mengurut. Ramai orang cakap ‘mengurut’ ini adalah bakat yang diperoleh daripada keturunan. Oleh itu saya duduk merenung sebentar,

“Aku ni ada keturunan ‘Tukang Urut’ ke? Emm..”

Baik, baru saya teringat, saya ada seorang Pak Long di kampung yang mengurut. Tapi saya tak pernah pun belajar urut dengan beliau, Allah berikan jalan lain untuk saya dapat menguasai ilmu ini.

Sebenarnya mengurut ini boleh jadi disebabkan bakat, dan sebenarnya ilmu urutan ini juga boleh dipelajari. Orang kata kalau dapat ilmu urutan dengan belajar maknanya ilmunya itu kurang ampuh. Tapi kalau ilmu itu adalah disebabkan katurunan maka ilmu itu lebih ampuh. Pada saya ia tak semestinya begitu, tapi siapa yang berusaha dan bersungguh-sungguh Insya Allah dia akan dapat. Walaupun seseorang itu tiada bakat dalam mengurut. Asalkan ada keinginan dan kesungguhan maka peluangnya untuk menjadi mahir adalah besar. Semuanya tergantung atas izin Allah jua.

 Tetapi saya mempunyai seorang Pak Long di kampung yang membuat khidmat urutan.

Sebelum ini saya bermula daripada ‘kosong’. Ayah dan ibu juga tidak tahu mengurut, cuma

mungkin darah keturunan ‘Tukang Urut’ keluarga sebelah mak telah mengalir ke dalam

tubuh saya. Seolah-olah ada sesuatu perasaan yang memaksa saya untuk tampil membantu

anggota masyarakat yang semakin hari semakin ramai yang mengalami masalah sakit-sakit

tubuh yang amat mengganggu emosi.

 

Imbas kembali.

 

Semasa saya berumur 14 tahun saya pernah terseliuh, sakit jangan ceritalah,

sampai nak pijak pun dah macam tak boleh sebab sakit sangat. Lepas tu ayah bawak saya ke

rumah Wak Gimin, seorang tukang urut tersohor di Kg. Rimba Jaya pada masa itu (Sekarang

Apabila sampai di rumah Wak Gimin mula-mula saya rasa takut nak berurut, takut sakit, tapi

nak baik punya pasal tahan jelah.. Dub..dab..dub..dab.. jantung saya berdebar-debar semasa

menunggu masa untuk di urut.

 

Kemudian Wak Gimin pun datang duduk di depan saya dengan minyak urutnya, ngeri je

rasa.. wow, bila diurut sakitnye Allah saja yang tahu, menggeliat tubuh dibuatnya. Tapi lepas

urut tu kaki mula terasa lega, berjalan pun dah semakin baik. Lepas 3 hari kaki dah pulih.

Seronok tengok Wak Gimin boleh bantu ramai orang. Berbakti dan berjasa pada masyarakat,

pada masa itu saya berazam dalam hati yang saya akan menjadi pakar urut seperti Wak

Gimin untuk menabur bakti dan jasa kepada masyarakat juga.

Hati ni selalu teringin nak mencari guru, inginkan bimbingan dalam ilmu urutan yang lebih

kepada bidang rawatan. Cuma tak tahu nak belajar dengan siapa.

———————–

Lepas SPM saya masuk belajar di sebuah Madrasah Tahfiz di Sungi Buaya Rawang.

Sementara tunggu result spm, masuk pun sekejap je, dalam 3 bulan.

Dalam ma’ahad tahfiz tu saya kenal sorang kawan yang saya panggil sebagai Din (Nama

samaran) . Din ni memang selalu jadi tukang urut ustaz Syamsul (Nama samaran), iaitu ustaz

yang mengajar kami.

Apabila ustaz rasa lemau, mengantuk, sakit-sakit tubuh Din ni la yg selalu di panggil oleh

ustaz untuk mengurut. Bila ustaz panggil Din untuk mengurut saya cepat-cepat ikut sebab

hati ni rasa membuak-buak teringin tahu macamana teknik-teknik urutan itu dilakukan.

Oleh sebab saya agak kerap ‘follow’ Din dari belakang, lama-lama Din perasan yang saya ni

nampak obses dengan bidang urutan. Pantang dengar ustaz nak urut saya rasa berminat

untuk lihat. Saya akan tengok dengan khusyuk dan akan hafal setiap ‘step’ yang Din buat.

 

Pada suatu petang saya berborak dengan Din.

“Din aku tengok kau ni pandai urut.. boleh ajar aku tak?”

“Nak ajar kau mengurut? Aku ni urut cincai-cincai je.. tak la ‘teror’ pun. Teknik yang aku pakai

ni nama dia urutan kupu-kupu. Kalau kau nak belajar boleh je aku tunjukkan.”

Fuh, masa tu happy rasa bila Din kata nak ajar. Saya fikir lantaklah teknik kupu-kupu ke

apa ke.. yang penting saya boleh belajar. Lepas tu Din pun mula ajar saya teknik asas

yang selalu dia praktikkan. Seronok rasanya dapat mempelajari teknik urutan pertama pada

Kemudian saya selalu meng’offer’ ustaz di madarasah untuk mendapatkan khidmat urut

percuma daripada saya. Alhamdulillah, ustaz terima dengan baik. Sememangnya ia adalah

satu permulaan yang bagus bagi saya.

—————————

Pada 2008 saya masuk belajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Saya

mengambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan) dan tamat pada tahun 2011.

Di Politeknik saya mengurut rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah yang mengalami masalah

sakit-sakit tubuh. Walaupun saya mengambil bidang Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik, tetapi

minat saya terhadap bidang urutan adalah sangat mendalam. Saya rasa gembira bila dapat

bantu meringankan masalah sakit-sakit tubuh orang lain.

 

Masih segar lagi dalam ingatan kisah kawan ayah saya, Pak Munir (Nama samaran).

Kisah ini berlaku semasa saya masih belajar di Politeknik dan semasa waktu cuti belajar. Suatu

hari Pak Munir berkata kepada saya,

“ Pak cik ni kalau bangun pagi selalu rasa sesak nafas, tak tahu la kenapa. Pak cik rasa

macam ada masalah sakit jantung je.”

Pak Munir ni hisap rokok sebenarnya, saya rasa mungkin punca masalah beliau adalah rokok.

“Pak cik nak saya tolong urutkan tak?”

“Eh. Kau pandai mengurut ke?”

“Emm .. nak kata pandai tu taklah pandai sangat. Tapi bolehlah kalau nak tolong-tolong tu,

Insya Allah saya boleh cuba.”

“ Oh, kalau macam tu ok jugak. Boleh la kalau kau nak tolong urutkan.”

Alhamdulillah, seronok rasa bila Pak Munir bagi keizinan. Sebenarnya saya sedang dalam

proses untuk menajamkan lagi ilmu urutan. Oleh itu saya akan cuba bantu sedaya-upaya

supaya saya dapat .result’ yang baik semasa memberi khidmat urutan.

Bila saya dapat je ‘lesen’ untuk mengurut Pak Munir saya pun mulakan urutan. Semasa

urutan kali pertama Pak Munir rasa macam nak termuntah, Pak Munir kata dia rasa ada

seperti sesuatu nak keluar. Semasa sesi urutan sedang berjalan beberapa kali saya berhenti

mengurut sebab Pak Munir rasa macam nak muntah. Tapi tak keluar apa-apa pun. Pelik

jugak saya tengok. Tapi layan jelah.

Urutan yang saya lakukan kepada Pak Munir adalah berulang-ulang kali. Lebih kurang dalam

5 kali ulangan. Selepas habis cuti saya pun kembali belajar di Politeknik seperti biasa.

Apabila cuti Sabtu dan Ahad saya pulang ke rumah, kebetulan pada masa itu saya tiada

apa-apa program di Politeknik. Semasa sedang menjamah makanan tiba-tiba ayah saya

bertanya,

“Asyid (Rashid), hang ada urut Pak Munir hari tu kan?”

Alamak, risau jugak saya dengar, harap-harap semuanya ok..

“A’ah, kenapa abah? Dia ada cakap apa-apa ke?”

“Pak Munir kata dia dah tak sesak napaih (nafas) dah, sakit dia dah hilang.”

Fuh! rasa macam dapat duit sejuta je masa tu. Rasa lega dan sangat-sangat gembira, apa

yang saya usahakan Allah telah tunjukkan hasilnya. Alhamdulillah, saya rasa lebih yakin dan

bercita-cita untuk pergi jauh dalam bidang ini.

Apabila saya mengurut doa adalah senjata utama. Allah yang memberi ilham-ilham yang

baik untuk saya menyempurnakan setiap urutan yang saya jalankan.

———————

Selepas tamat belajar di Politeknik saya bekerja sebagai juruteknik di beberapa buah

syarikat di sekitar Shah Alam. Tempat terakhir saya bekerja sebagai Juruteknik adalah di

Pump One Engineering di Seksyen 16. Semasa bekerja saya menjalankan profession sebagai

tukang urut pada waktu malam secara ‘part time’. Semakin lama orang yang datang semakin

ramai, dan macam-macam sakit yang saya jumpa, dari kes terseliuh sehinggalah kes mereka

yang perlu di papah. Alhamdulillah, sangat ramai mereka yang mendapat kesan pemulihan.

Terjun ke dalam bidang urutan saraf seawal usia 26 tahun sememangnya mempunyai cabaran

yang tersendiri. Kebanyakan orang yang datang mendapatkan rawatan selalu beranggapan saya

masih belajar di mana-mana pusat pengajian dan mereka sangat banyak bertanya tentang diri

saya kerana berasa tidak ‘confident’ melihat saya.

Saya selalu mencabar diri saya untuk sentiasa berikan yang terbaik kepada setiap mereka

yang berhajat mendapatkan perkhidmatan daripada saya. Satu perkara yang

menggembirakan saya ialah apabila mereka yang memandang saya sebagai budak hingusan

pada awalnya berasa kagum setelah mendapatkan perkhidmatan daripada saya. Bahkan mereka

akan ‘merekemen’ saya kepada kenalan-kenalan mereka yang lain.

 

Saban hari orang yang mendapatkan perkhidmatan semakin ramai sehingga kadang-kadang

saya terpaksa tolak beberapa permintaan. Saya tak dapat memberi perkhidmatan sehingga

lewat malam kerana perlu bekerja pada keesokan harinya.

————————————

Sepanjang saya melakukan urutan saya juga ada bertemu dengan beberapa orang yang

mempunyai ilmu urutan. Ada dikalangan mereka yang tidak lokek berkongsi ilmu kerana

mungkin mereka gembira melihat saya mengurut ketika masih muda. Alhamdulillah saya

terima ilmu yang dikongsikan dengan hati yang gembira dan berlapang dada.

Saya telah mengambil langkah yang lebih baik untuk maju ke hadapan. Saya telah

meng ‘up grade’ diri saya dengan mengambil sijil-sijil professional dalam bidang urutan supaya

saya lebih yakin dan boleh pergi lebih jauh di dalam bidang ini. Sebenarnya tak ada sijil pun kita

boleh mengurut, sebab yang penting bagi saya bukanlah sijil, tapi yang lebih penting adalah

Berapa ramai pakar urut dulu-dulu dapat membantu ramai orang tanpa mempunyai sijil dan

kelulusan? Siapa yang mengiktiraf mereka? Masyarakat yang mengiktiraf mereka kerana

hasil urutan yang sangat memuaskan. Urut yang bukan sekadar urut, tetapi urutan yang

mampu merawat masalah tubuh.Bukanlah saya mengatakan sijil itu tidak penting, tidak sama

sekali. Zaman sekarang sudah ada pelbagai peraturan dan penguatkuasaan, kita perlu

menghormati peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Ini semua adalah

disebabkan wujudnya pusat-pusat urut yang menawarkan ‘urutan maksiat’ yang merosakkan

nama ‘urutan’ itu sendiri.

 

Pada Mei 2014 hingga Mac 2015 saya memulakan profession sebagai tukang urut

professional di beberapa buah pusat rawatan dan spa di sekitar Shah Alam dan Klang, iaitu

di Bekam Care (Jalan Kebun), Pusat Naturophaty Al-Haudh (Seksyen 18) dan di Spa Aura Life

(Seksyen 11). Kes-kes yang saya ‘handle’ lebih mencabar. Saya juga mula mendalami ilmu

Kiropraktik untuk merawat permasalah yang melibatkan permasalahan tulang seperti untuk

masalah Slip Disk, sakit lutut dan lain-lain masalah yang melibatkan tulang belakang.

—————————

Pada bulan Dis 2014 saya telah bertemu jodoh dengan isteri tercinta Radiah Bt Hussain di

Pasir putih, Kelantan. Oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat dan keinginan

untuk membantu famili yang sangat kuat, maka saya telah mengambil keputusan untuk

membuat perniagaan urutan sendiri dan memulakan aktiviti mengajar bagi membimbing

mereka yang serius untuk mendalami ilmu Urutan Saraf.

Pada bulan April 2015 saya telah memulakan langkah baru dengan mendaftarkan syarikat

sendiri dan membuat khidmat urutan untuk merawat pelbagai masalah sakit-sakit tubuh di

bilik khas di rumah saya. Alhamdulillah kini orang yang datang boleh dikatakan tak

putus-putus dan saya berazam untuk membuka pusat rawatan pada tahun 2016 dengan

pekerja-pekerja yang berdedikasi dan bersungguh-sungguh untuk membantu masyarakat.

Mudah-mudahan cerita ini akan menjadi lebih panjang dan dengan kisah-kisah kejayaan

saya nanti, doakan saya dapat membantu lebih ramai orang, Insya Allah =)

——————————

 

 

Kini saya hanya fokus kepada bidang pengajaran untuk melahirkan lebih ramai ‘Tukang

urut’ / Juruterapi Urut yang berwibawa supaya lebih ramai anggota masyarakat yang akan

mendapat manfaatnya. Semoga Allah permudahkan dan menunaikan cita-cita saya ini, Amiin.

Insya Allah.

– TAMAT –

KLIK DI SINI UNTUK MENEMPAH: VIDEO PANDUAN MENGURUT-KHAS UNTUK ISI RUMAH!

KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN E-BOOK PERCUMA!